Honda CBR250RR Edisi Trico Kini Di Malaysia – RM25,999

Advertisements

Boon Siew Honda memperkenakan pilihan warna Trico bagi model CBR250RR untuk pasaran tempatan.

Edisi Trico menggabungkan pilihan warna merah dengan kemasan warna biru yang terpampang di bahagian sisi kiri dan kanan jentera dan di bahagian subframe.

Pilihan warna tersebut juga menyerlahkan lagi DNA Honda CBR yang sebelum ini popular pada jentera CBR1000RR-R dan CBR600RR.

Bagaimanapun, spesifikasi lain kekal sama termasuk enjin silinder berkembar 250cc DOHC yang menawarkan 40hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm.

Ciri lain turut dikekalkan termasuk fungsi quickshifter serta ABS dwi-saluran.

Sementara itu, Honda CBR250RR ini juga didatangkan dengan pilihan warna Mat Gunpowder Black Metallic.

Dalam perkembangan sama, BSH turut mengumumkan pilihan warna baharu bagi Honda Rebel 500.

Motosikal bercirikan cruiser dengan enjin parallel-twin 500cc itu kini tampil dengan warna Pearl Organic Green dan ditawarkan pada harga RM32,899.

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.