KTM 390 Adventure Versi Rally Bakal Diperkenalkan

Sejak melancarkan 390 Adventure di EICMA 2019, motosikal bercirikan ADV dari KTM itu bingkas mencapai populariti.

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa KTM telah menjalankan ujian terhadap beberapa rekaan bagi 390 Adventure sebelum membuat keputusan untuk melancarkan model sedia ada.

Antara rekaan yang turut ditampilkan adalah model 390 Adventure dengan penghadang angin, handlebar serta jarak perjalanan fork yang lebih tinggi.

Menariknya, jentera ujian itu jelas mendapat inspirasi daripada KTM 450 Rally yang turut dilancarkan sebelum ini.

Dalam perkembangan terbaru, pengeluar motosikal Austria itu telah membuat keputusan untuk menambah sebuah lagi varian 390 Adventure.

Gambar intip terbaru yang didedahkan di India menampakkan KTM 390 Adventure dalam bentuk yang lebih bercirikan ‘off-road’.

Penghadang angin tinggi meningkatkan tahap perlindungan kepada penunggang terutamanya terhadap habuk dan debu sewaktu menunggang ‘off-road’.

Sementara fork yang lebih panjang dan handlebar yang lebih tinggi meningatkan tahap kawalan tunggangan terutamanya sewaktu berdiri.

Bagaimanapun, KTM 390 Adventure Rally ini akan terus mengekalkan enjin 373cc satu silinder dengan penyejukan cecair yang menjana 43hp dan 37Nm.

Selain itu, dengan KTM telah pun menaik taraf 390 Adventure bagi tahun 2022 dengan fungsi mod off-road baharu dan Cornering ABS, versi Rally ini juga dijangka menawarkan ciri sama.

Info lebih terperinci mengenai varian baharu ini dijangka akan didedahkan pada hari pelancaran nanti.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]