Suzuki Katana Dinaik Taraf Bagi 2022 – Enjin Euro5, Dengan Quickshifter

Suzuki turut menggunakana EICMA 2021 sebagai platform mempersembahkan Katana baharu yang telah dikemas kini bagi tahun 2022.

Antara yang telah dipertingkat adalah bahagian enjin yang kini mencapai standard Euro5.

Kemas kini tersebut turut menyaksikan Suzuki Katana 2022 menawarkan 150hp naik 3hp berbanding generasi sebelumnya.

Antara pembaharuan dilakukan terhadap motosikal naked tersebut adalah bahagian intake dan camshaft ekzos, valve spring, ekzos, serta airbox baharu.

Kilang Hamamatsu turut melengkapkan Katana 2022 dengan klac slipper baharu, sistem ride-by-wire serta quickshifter.

Suzuki turut melakukan perubahan pada Suzuki Drive Mode Selector yang bertindak mengawal ‘mapping’ enjin. Perubahan tersebut menyaksikan perbezaan kuasa yang lebih ketara di antara setiap pemilihan ‘mapping’ enjin.

Bagaimanapun, ciri lain yang kekal adalah kerangka alminium jenis twin-spar dan swingarm dari GSX-R serta fork depan KYB boleh laras.

Manakala sistem membrek dikendaliakn kaliper Brembo yang dipadankan bersama cakera brek 310mm depan.

Meskipun naik taraf yang dilaksanakan tidak terlalu besar kerana Katana 2022 ini masih lagi tanpa IMU 6-axis namun sudah cukup membuatkan model ini lebih baik berbanding sebelumnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]