MV Agusta Lucky Explorer 9.5 Didedahkan – 123HP, 102Nm

Selain daripada mendedahkan Lucky Explorer 5.5 (KLIK SINI untuk bacaan lanjut), MV Agusta turut memperkenalkan sebuah lagi motosikal ‘adventure’ menerusi Lucky Explorer 9.5.

Berbanding Lucky Explorer 5.5 yang bernadikan enjin parallel-twin 550cc, Lucky Explorer 9.5 pula dihidupakn enjin 931cc 3-silinder yang berupaya menghasilkan 123hp pada 10,000prm dan 102Nm pada 7,500rpm.

Menurut MV Agusta, enjin 931cc tersebut diambil daripada enjin 800cc 3-silinder yang terdapat pada Brutale 800, Dragster 800 dan Turismo Veloce namun dengan bore dan stroke yang telah diperbesarkan.

Selain daripada dilengkapi skrin TFT 7″, Lucky Explorer 9.5 ini juga datang dengan dua jenis transmisi klac automatik Rekluse dan transmisi separa-automatik elektronik yang menyamai transmisi DCT pada Honda CRF1100L Africa Twin.

Selain itu, model ADV ini juga didatangkan dengan swingarm aluminium, tayar 21″ depan dan 18″ belakang serta jarak antara tayar 1,580mm.

Sementara itu, maklumat lebih terperinci mengenai model prototaip ini akan diumumkan kemudian pada hari pelancaran yang dikatan akan berlaku tidak lama lagi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]