RASMI: Honda ADV 350 Diperkenalkan – 29.2HP, 31.5Nm

Setelah berbulan khabar angin berjalan, akhirnya Honda memperkenalkan ADV 350 yang bakal meneruskan kejayaan X ADV 750 dan ADV 150.

Dibangunkan di kilang Honda yang terletak di Itali, ADV 350 ini menggabungkan elemen ‘adventure’ dengan ciri premium.

Selain daripada rekaan lampu depan yang diinspirasikan daripada X ADV 750 2021, versi 350cc ini juga mengekalkan ciri yang praktikal untuk kegunaan harian antaranya ruang letak barang bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua helmet ‘full-face’.

ADV 350 ini juga menawarkan fungsi keyless dan penghadang angin boleh laras serta paparan digital LCD yang boleh disambungkan kepada telefon pintar menggunakan Bluetooth.

Menurut Honda, ADV 350 ini juga didatangkan dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Emergency Stop Singal sebagai standard.

Sementara itu, ADV 350 ini digerakan enjin 330cc dengan eSP (enhanced Smart Power) yang menjana 29.2hp pada 7,500rpm dan 31.5Nm pada 5,250rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • fork depan 37mm jenis USD dengan penyerap hentakan berkembar di belakang
  • tayar 120/70-R15 depan
  • tayar 140/70-R14 belakang
  • tangki 11.7L
  • lampu LED penuh

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.