Dua Marshal Konvoi Dicekup, Kawasaki GTR 1400 Dan Z800 Antara Dirampas

Polis Port Dickson telah menahan dua lelaki menjadi marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi yang bertindak menahan aliran trafik di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, pagi tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed.

Menurutnya kedua-dua lelaki tersebut yang berusia 26 dan 27 tahun itu bekerjasa sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

Penahanan tersebut turut menyaksikan polis merampas dua motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Z800 serta set pakaian yang diguna pakai seperti dalam rakaman video yang tular baru-baru ini.

Difahamkan, pihak polis masih memburu empat lagi individu lain yang turut dikesan bertindak sebagai marshal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada polis bagi membantu siasatan.

“Polis juga berharap marshal itu menyerah diri bagi memudahkan siasatan lanjut,” jelas Aidi.

Baru-baru ini tular rakaman berdurasi satu minit 10 saat yang memaparkan konvoi motosikal berkuasa tinggi telah bertindak mengawal aliran trafik dan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat bagi membenarkan konvoi tersebut berjalan. – HM

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply