Honda Navi 110 2022 Dilancarkan – Transmisi Automatik, 7.3HP

Advertisements

Honda Navi 110 sertai barisan motosikal mini Honda bagi tahun 2022.

Meskipun tampil dengan rekaan hampir sama dengan MSX 125 (Grom), namun Honda Navi serba baharu ini dikuasakan enjin 109cc satu silinder 4-lejang dengan Honda Enhanced Smart Power (eSP) yang menawarkan 7.83hp pada 7,000rpm dan 8.9Nm pada 5,500rpm.

Teknologi eSP tersebut – yang juga terdapat pada Honda ADV 150 dan Vario – memastikan enjin beroperasi dengan lebih lancar dan kurang gegaran.

Meskipun tidak menyamai sebuah skuter namun Navi 110 ini tampil dengan tramsisi automatik sekaligus menjadikan motosikal ini mesra untuk penunggang baharu.

Pada masa sama, sekalipun kecil namun Navi 110 ini turut dilengkapi ruang letak barang yang terletak di antara tempat letak kaki penunggang dengan Honda dakwa boleh memuatkan jaket, buku dan beberapa barangan kecil lain.

Dengan ketinggian tempat duduk hanya 30.9″ dan berat 107kg di samping tangki 3.4L menjadikan model baharu ini cukup sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar.

Advertisements