Tempahan Dibuka Untuk ‘King’ Generasi Ketiga – Dari RM45,700

Perodua telah pun membuka tempahan bagi Perodua Myvi generasi ketiga yang telah ditambah baik dengan teknologi dan ciri keselamatan terkini.

Menurut Perodua, Myvi baharu itu akan datang dengan varian 1.5L AV, 1.5L H dan 1.5L X dan dua varian 1.3L G dengan kesemua daripadanya didatangkan dengan hanya transmisi automatik.

“Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan para pelanggan kami yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan Standard Terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi.

“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi Baharu ini kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini,” jelas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Sementara itu, varian AV,H dan X serta salah satu daripada varian G akan dilengkai Perodua Smart Drive Assist (PSDA) terkini.

Pada masa sama, Perodua memaklumkan bahawa generasi terbaru Myvi ini akan ditawarkan pada harga bermula RM45,700 hingga RM58,800.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply