Ducati Malaysia Raih Dua Anugerah Cemerlang Di Rantau Asia

Ducati Malaysia berjaya merangkul dua anugerah cemerlang bagi rantau Asia menerusi anugerah ‘Best Commercial After Sales’ dan ‘Best Marketing Team’.

Anugerah itu disampaikan Timbalan Presiden Jualan dan Pemasaran Ducati Asia Pacific, Marco Biondi sewaktu Ducati APAC National Meeting ke-28.

Sementara itu, Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael, meluahkan rasa berbesar hati terhadap pencapaian itu yang disifatkan hadir atas usahasama pasukannya.

*Pengarah Urusan Ducati Malaysia, Dennis Michael (paling kanan)

“Pertama sekali saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya yang telah berusaha keras untuk meraih pencapaian ini dari mata prinsipal kami.

“Sepanjang kami beroperasi, ini kali pertama kejayaan seumpamanya diraih Ducati Malaysia.

“Kejayaan ini mencerminkan komitmen serta semangat yang telah dicurahkan ke dalam Next Bike Sdn Bhd yang kini menjadi pelopor jenama Ducati di Malaysia,” jelasnya.

Ducati APAC National Meeting kali ke-28 ini membabitkan 13 wakil Ducati di rantau Asia Pasifik.

Setakat 2021, Ducati Malaysia menerusi pengedar rasmi Next Bike Sdn Bhd, telah pun berjaya melancarkan beberapa model 2021 antara Ducati Multistrada V4, Monster 2021 dan SuperSport 950.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply