BMW K 1600 2022 Dilancarkan – 160HP, 180Nm

BMW Motorrad telah pun melancarkan empat varian K 1600 menerusi K 1600 GT, K 1600 GTL, K 1600 B dan K 1600 Grand America.

Dijadualkan untuk pelancaran Mac 2022, K 1600 ini telah menjalani beberapa kemas kini besar antaranya bahagian enjin 6-inline yang kini patuh Euro 5.

Bagaimanapun, enjin tersebut kekal menawarkan 160hp namun pada rpm yang lebih rendah berbanding model sebelumnya manakal tork kekal pada 180Nm pada 5,250rpm.

Model 2022 ini juga serba lengkap dengan mod tunggangan pelbagai yang merangkumi Road, Dynamic dan Rain manakala sistem Dynamic Traction Control menjaminkan tunggangan yang lebih lancar dalam apa jua keadaan.

BMW turut melengkapkan K 1600 ini dengan suspensi elektronik Dynamic ESA dengan fungsi ‘auto-load compensation’ yang akan melaraskan suspensi jentera sewaktu menunggang.

Model ini juga didatangkan dengan paparan TFT 10.25″ yang boleh diakses menerusi aplikasi telefon pintar BMW Motorrad Connected.

Selain daripada penggunaan lampu LED penuh dengan fungsi lampu ‘adaptive’ seperti yang terdapat pada model R 1250 GS dan R 1250 RT, K 1600 ini juga didatangkan dengan tangki berkapasiti 26.5L.

Sementara itu, varian K 1600 GTL dan K 1600 Grand America disertakan dengan sistem audio BMW 2.0 secara standard.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]