Suzuki V-Strom 1050 XT 2021 Dijangka Lancar Oktober Ini – RM8X,XXX

Baru-baru ini, Suzuki Malaysia telah pun melancarkan enam model 2021 untuk pasaran tempatan sekaligus menandakan kebangkitan semula jenama Jepun itu dalam pasaran dua roda negara.

*Suzuki GSX-R1000R

Enam model tersebut membabitkan SV650, V-Strom 650 XT, GSX-S750, Katana, GSX-R1000R dan GSX-R1000.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, kami dimaklumkan bahawa Suzuki Malaysia bakal melancarkan V-Strom 1050 XT 2021, Oktober ini.

Berdasarkan info diperolehi, motosikal segmen adventure berkuasa tinggi itu akan ditawarkan sekitar RM8X,XXX.

Ini menjadikan V-Strom 1050 XT motosikal adventure bersesaran 1,000cc ke atas dengan harga paling rendah dalam pasaran berbanding jenama lain.

V-Strom 1050 XT dikuasakan dengan enjin silinder berkembar (Euro 5) yang menawarkan 106hp pada 8,500rpm dan 99Nm pada 6,000rpm.

Menariknya, V-Strom baharu ini tampil dengan rekaan serta warna yang diinspirasikan daripada Suzuki DR BIG dan DR-Z Rali yang popular pada era 80an.

Antara ciri lain ditawarkan adalah Cornering ABS, Hill-hold Control, Cruise Control dan tempat duduk boleh laras.

*Suzuki V-Strom 650XT 2021

Sementara itu, Suzuki Malaysia telah pun melancarkan V-Strom 650 XT untuk pasaran tempatan yang ditawarkan pada harga RM37,989.00.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply