RASMI: Honda CBR150R Dilancarkan – RM12,499

Boon Siew Honda telah pun merasmikan CBR150R 2021 beberapa bulan sebab motosikal segmen sportsbike 150cc itu dilancarkan di negara jiran, Indonesia, awal tahun ini.

Meskipun sedikit mengejutkan tatkala rata-rata mengharapkan ketibaan Winner X namun CBR150R ini dijangka memberi pilihan lebih luas kepada pembeli yang sebelum ini hanya disajikan dengan Yamaha R15 di Malaysia.

Menariknya, Honda CBR150R ini tampil dengan spesifikasi terkini antaranya fork jenis upside down, kaliper axial Nissin di samping reka bentuk diinspirasikan daripada CBR250RR.

Honda CBR150R 2021 ini didatangkan dengan unit enjin satu silinder 150cc DOHC dengan penyejukan cecair yang menjana 16hp pada 9,000rpm dan 13.7Nm pada 7,000rpm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan dengan bantuan slipper clutch.

Bukan itu sahaja, model ini juga tampil dengan ciri keselamatan terkini antaranya fungsi ABS dwi-saluran (Anti-lock Braking System) serta Emergency Stop Signal (ESS) di samping penggunaan lampu LED penuh, serta paparan skrin digital.

Menurut BSH, CBR150R 2021 ini tampil dengan dua warna pilihan, Mat Charcoal Grey Metallic dan Candy Scintillate Red.

Sementara itu, orang ramai yang berminat boleh mendapatkan CBR150R 2021 ini pada harga RM12,499.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]