Pengeluar motosikal Britain, Triumph Motorcycles terus diberi kepercayaan untuk membekalkan enjin Moto2 bagi tahun tahun lagi.
Perjanjian itu sekaligus menyaksikan Triumph akan kekal selaku pembekal enjin utama Moto2 sehingga tahun 2024.
Triumph telah menjadi pembekal enjin di Moto2 sejak 2019 selepas mengambil alih daripada Honda.
Kategori Moto2 telah pun mengguna pakai enjin empat silinder dari Honda CBR600 selama lapan tahun dari 2010 hingga 2018 sebelum beralih ke enjin tiga-silinder 765cc.
Peralihan itu ternyata membuahkan hasil bukan sahaja bagi Triumph malah kejuaraan dunia Moto2 apabila 34 rekod perlumbaan dipecahkan di samping menyumbang kepada 14 pelumba berbeza merekodkan kemenangan.
Bagaimanapun, Triumph mengesahkan tiada perubahan dilakukan terhadap aspek elektroik bagi musim 2022 kecuali merapatkan nisbah kotak gear dalam usaha meningkatkan kuasa yang lebih tinggi.