Kerajaan bersetuju membenarkan 11 aktiviti ekonomi kembali beroperasi dalam Fasa 1 bermula 16 Ogos ini.
Ekonomi aktiviti yang dibenarkan adalah seperti berikut:
- Kedai cuci kereta
- Kedai elektrik dan elektronik
- Kedai barangan rumah dan peralatan dapur
- Kedai perabot
- Kedai peralatan sukan
- Kedai aksesori kereta
- Pusat pengedaran dan jualan kereta
- Pasar pagi dan pasar tani
- Kedai pakaian, fesyen dan aksesori
- Kedai barang kemas
- Kedai gunting rambut dan pusat/salun kecantikan (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja).
Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan hari ini, pemilik premis perlu memastikan pelanggan menunjukkan sijil digital vaksinasi Covid-19 sebagai bukti telah menerima dos lengkap.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]