MotoGP: Projek Moto2 Dan Moto3 Dibubar, Dixon Dan Binder Calon SRT 2022?

Advertisements

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam satu kenyataan telah pun mengesahkan Petronas menamatkan kerjasama selaku penaja utama Sepang Racing Team (SRT) bermula akhir musim ini.

Kenyataan tersebut turut mendedahkan projek Moto2 dan Moto3 turut akan dibubarkan sementara SRT akan meneruskan saingan di MotoGP bersama entiti bebas yang akan diumumkan kemudian.

Kami dimaklumkan bahawa SRT akan membuat pengumuman rasmi menjelang GP Britain di Silverstone.

*Jake Dixon

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, The-Race.com mendakwa SRT bercadang untuk memberikan slot Franco Morbidelli kepada Jake Dixon untuk aksi di Silverstone hujung bulan ini.

Meskipun belum disahkan namun Dixon dilihat sebagai calon sesuai apatah lagi bakal bersaing di laman sendiri.

Sekiranya peluang itu dilunaskan, Dixon pastinya antara calon yang diintai SRT untuk diangkat ke kelas premier bagi musim 2022 tatkala pasukan Petronas Sprinta Racing Moto2 dan Moto3 dikuburkan.

*Daryyn Binder

Pada masa sama, pelumba Moto3, Darryn Binder, juga semakin hangat diperkatakan akan melompat dari Moto3 ke MotoGP sepertimana dilakukan Jack Miller, beberapa tahun lalu.

Apa yang pasti, nantikan pengumuman rasmi dari pihak SRT yang dijangka akan dibuat menjelang GP Britain. – GPOne

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.