Kilang Honda di Swindon tutup selamanya, pengeluaran Honda Civic Type R di UK berhenti

Selepas beroperasi lebih 35 tahun, Kilang Honda di Swindon, United Kingdom, kini sudah ditutup selamanya.

Pihak Honda telah memutuskan untuk menghentikan operasi kilang itu sejak Februari 2019 lagi, disebabkan peralihan kepada kenderaan elektrik, selain menumpukan perhatiannya kepada pasaran yang lebih aktif.

Penutupan ini menjejaskan pekerjaan seramai 3,000 orang, dan juga bermakna pengeluaran Honda Civic Type R akan berhenti di UK sambil menanti penggantinya yang akan datang tahun hadapan.

Pada kemuncak operasinya, kilang Swindon itu mampu menghasilkan kira-kira 680 unit kenderaan dalam masa sehari dan telah pun menghasilkan hampir empat juta kenderaan baharu sejak beroperasi pada tahun 1985.

Tapak kilang tersebut kini dijual kepada syarikat pembangunan industri yang digelar sebagai Panattoni yang memiliki kepakaran di dalam bidang logistik.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]