Model Honda CB500 Akan Dikemaskini Untuk Tahun 2022

Advertisements

Honda akan mengemaskini rangkaian CB500, seperti dalam kertas kerja EU yang menunjukkan beberapa perubahan untuk model 500cc kembar selari.

Pengeluar motosikal Jepun itu telah pun memfailkan dokumen membabitkan model CB500F, CBR500R & CB500X 2022.

Kelihatan seperti tiada perubahan besar, tetapi yang pastinya sesuatu evolusi pada jentera popular ini bakal datang.

Walaupun motor kembar selari 471cc ini tidak berubah, dengan pengeluaran 47hp dan tork 43Nm, beberapa perubahan dimensi dan berat menunhjukkan ada perubahan kecil di tempat lain.

Sementara CB500F dan CBR500R sama berat, CB500X lebih berat sebanyak 2kg, dan ini mungkin disebabkan penambahan kapasiti tanki minyak 17.7L.

Di tempat lain, dimensi tersenarai telah mengalami perubahan sedikit – ukuran lebar telah meningkat sebanyak 5mm untuk CB500X dan CBR500R, dan 10mm untuk CB500F, sementara panjang dan tingginya tidak berubah; kemungkinan besar disebabkan pemegang lebih lebar.

Kemas kini utama yang dirancang untuk rangkaian CB500 2022 datang daripada dokumen yang mencatat cakera tambahan di bahagian hadapan, dan brek baru bermaksud roda dan garpu baru.

Kemas kini pada kombo garpu dan roda depan juga akan menunjukkan perubahan pada penyerap hentakan bahagian belakang.

Advertisements