Ducati Bakal Lancar Streetfighter V4 Versi SP 2022

Ducati bakal menambah satu lagi varian Streetfighter V4 dengan versi SP berdasarkan dokumen yang telah difailkan di Amerika Syarikat.

Menurut data homologasi dari AS itu, Ducati Streetfighter V4 SP itu akan terus dikuasakan enjin V4 1,103cc seperti yang terdapat pada varian standard dan V4 S namun versi SP ini akan tampil jauh lebih ringan.

Menjadikan Panigale V4 SP sebagai acuan utama, dijangkakan rata-rata komponen dan panel yang terdapat pada Streetfighter V4 akan digantikan dengan bahan jenis gentian karbon.

Bahagian rim juga dijangka akan mengguna pakai bahan jenis magnesium seperti yang terdapat pada varian V4 S dalam usaha meningkatkan nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio).

Sentuhan terakhir pastinya membabitkan penggunaan sistem klac kering (dry clutch) seperti yang terdapat pada Panigale V4 SP.

Difahamkan, Ducati bakal menjadikan EICMA 2021 sebagai platform pelancaran model baharu ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]