Mahkamah Sepanyol membebaskan Jorge Lorenzo daripada pertuduhan pengelakan cukai

Jorge Lorenzo telah dibebaskan daripada pertuduhan pengelakan cukai oleh Mahkamah Pentadbiran Ekonomi Pusat Sepanyol.

Terdahulu, mahkamah itu berkata Lorenzo berhutang €35 juta (RM176.4 juta) cukai pendapatan tak dibayar pada tahun 2013, 2014 dan 2015.

Pada tahun-tahun itu, Lorenzo merupakan pelumba rasmi Yamaha, dan perbendaharaan Sepanyol mendakwa bahawa penduduk asal Mallorca itu bermastautin di Sepanyol pada masa itu, oleh itu perlu membayar cukai pada kerajaan Sepanyol.

Namun, Lorenzo menegaskan (dengan bantuan pasukan perundangannya) bahawa kediamannya berada di Switzerland selama tempoh ini – sebuah negara yang syarat minimum pemastautin adalah bahawa penduduk Switzerland mesti menghabiskan sekurang-kurangnya 90 hari sepanjang tahun di situ, sebelum mereka diberikan kediaman dan tidak perlu membayar cukai.

Setelah menyiasat isu ini dan fakta yang dikemukakan, mahkamah Sepanyol mendapati bahawa tempat tinggalnya sebenarnya memenuhi syarat Swiss, dan memutuskan untuk memihak kepada Lorenzo lalu membebaskan beliau daripada pertuduhan itu.

Ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa cukai Sepanyol cuba menuntut cukai dari pelumba.

Contoh sebelum ini termasuk Dani Pedrosa, Aleix & Pol Espargaro, dan Sito Pons yang kesemuanya juga dituduh lari dari membayar cukai.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply