Honda Civic Hatchback 2022 Didedahkan

Beberapa bulan selepas melancarkan Civic generasi ke-11, Honda mendedahkan varian hatchback untuk pasaran gloal.

Varian hatchbak ini akan dipasarkan di Jepun dan beberapa pasaran Eropah lain.

Rekaan keseluruhan varian ini rata-rata mengguna pakai varian sedan namun dengan beberapa pengolahan antaranya gril depan berbentuk heksagonal.

Bahagian belakang menampilkan perubahan paling ketara bagi menyesuaikan dengan konsep ‘hatchback’ sekaligus tampak lebih kompak.

Menurut Honda, ruang belakang menawarkan keterbukaan 1.6 inci lebih lebar dari generasi Civic hatchback sebelumnya.

Menariknya, versi hatchback ini juga ditawarkan dengan transmisi manual berbanding varian sedan dan didatangkan dengan dua jenis enjin 2.0L NA 4-silinder yang menjana 158hp dan 187Nm serta 1.5L turbocharged 4-silinder yang menghasilkan 180hp dan 240Nm.

Difahamkan, Honda turut mengemaskini suspension dan stereng bagi mewujudkan pengalaman pemanduan lebih sporty berbanding versi sedan.

Sementara itu ruang dalam disajikan dengan paparan 7″ dan skrin infotainmen 7″ bagi varian LX, Sport dan EX-L manakala varian Sport Touring dilengkapi paparan 10.2″ dan skrin infotainmen 9″.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]