Cukup 11 Filem, Francais Fast & Furious Berakhir

Filem Fast & Furious yang kesembilan akan ditayangkan pada 25 Jun ini di Amerika Syarikat.

Namun, menurut pendedahan dibuat Vin Diesel (pelakon utama FF), terdapat dua buah lagi filem yang akan ditayangkan pada 2023 dan 2024.

Bercakap kepada Associated Press, Diesel berkata, “Setiap jalan cerita perlu ada pengakhiran.

“Saya tahu ramai yang berasakan filem ini tiada penghujungnya tetapi seperti semua perkara yang baik perlu ada penamat.

“Francais ini layak menerima penutup yang baik. Dunia telah menjadikan francais ini sebagai yang terbaik daripada francais lain.

“Francais ini ada “nyawa” tersendiri dan sampai masa “nyawa” itu perlu direhatkan.”

Diesel bersama beberapa barisan pelakon lain telah melibatkan diri dengan Fast & Furious sejak filem pertama ditayangkan pada 2001.

Setakat ini F9 telah pun ditayangkan di beberapa negara antaranya Hong Kong dan Korea Selatan telah pun mengutip lebih USD280 juta (RM1.2 juta).

Difahamkan, meskipun francais FF berakhir dengan filem ke-11, produksi itu bakal memulakan projek ‘spin-off’ bersama Michelle Rodriguez sebagai Letty. – Carscoops

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]