UMW Toyota Gantung Operasi Pengilangan Dan Jualan

Sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan dalam pelaksanaan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, UMW Toyota Motor membuat keputusan untuk menggantung sementara operasi pengilangan dan jualan.

Usaha bersama dari UMW Toyota ini diambil setelah mengamil kira sokongan rakyat Malaysia terhadap kereta jenama Toyota dan Lexus yang terus mencatat peningkatan meskipun dipalit pandemik Covid-19.

Jualan Toyota dan Lexus mencapai 7,595 unit pada bulan Mei yang menandakan peningkatan 120 peratus berbanding bulan sama pada 2020.

Angka tersebtu dicapai hasil jualan model popular seperti Vios yang menyumbang lebih 32 peratus daripada jumlah jualan diikuti Yaris (25 peratus) dan Hilux (21 peratus).

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengambil beberapa langkah dan campur tangan bukan sahaja untuk melindungi Malaysia daripada ancaman pandemik, tetapi juga di dalam memperkenalkan dasar kewangan serta industri untuk memastikan pandemik ini memberi kesan yang tidak terlalu parah terhadap ekonomi.”

“Ini termasuklah lanjutan SST yang kami percaya akan terus menyumbang di dalam memulihkan keyakinan membeli dalam kalangan pelanggan,” jelas Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K mendedahkan pelbagai inisiatif akan dilaksanakan pihaknya bagi memastikan lebih banyak penjimatan ditawarkan.

“Kami ada di sini untuk anda. Ini satu usaha yang bukan sahaja perlu dipikul oleh kerajaan, sebaliknya memerlukan kita semua serta keseluruhan pihak berkepentingan lain.

“Kami berterima kasih kepada semua pelanggan di atas sokongan berterusan dan untuk itu, kami akan terus memberikan sokongan kepada anda dalam keadaan yang mencabar ini,” ujarnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply