Phua Chu Kang Digantung Memandu 3 Bulan, Pandu Laju 131km/j

Selebriti Singapura, Gurmit Singh, yang pada suatu ketika popular dengan lakonan sebagai Phua Chu Kang, telah dikenakan denda SGD800 (RM2,488) dan lesen digantung tiga bulan.

Dia mengaku bersalah atas kesalahan memandu laju 131km/j di kawasan dengan had kelajuan 70km/j pada April lalu.

Anak lelakinya berusia 19 tahun turut berada bersamanya ketika kejadian.

Menurut laporan, Gurmit melakukan kesalahan tersebut pada 12 April jam 9.30 malam di Woodlands Avenue 12 menuju ke Seletar Expressway ketika memandu kereta jenis Audi A8 L.

Gurmit memberitahu mahkamah bahawa dia tidak sedar telah mencapai kelajuan 131km/j dan menjelaskan tindakan itu sebagai ‘one-off’ sahaja.

Bagaimanapun, hakim Salina Ishak mendapati tindakan Gurmit membahayakan nyawa bukan sahaja dirinya malah anak lelakinya.

Sementara itu, Gurmit telah memuat naik video permohonan maaf di laman Instagram miliknya. – Straits Times

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]