500 Unit KTM 1290 Super Duke RR Habis Dijual Tak Sampai Satu Jam!

Baru-baru ini KTM telah pun melancarkan 1290 Super Duke RR yang terhad kepada 500 unit seluruh dunia.

Motosikal tersebut dibina berlandaskan 1290 Super Duke R namun telah dinaik taraf dengan beberapa ciri premium antaranya panel gentian karbon (carbon fiber), fungsi ‘fast throttle’, ekzos slip on Akrapovic, tayar Michelin Power Cup2 dan fork depan WP Apex Pro 7548 Close Cartridge.

Model RR ini juga 9kg lebih ringan berbanding Super Duke R.

Namun, versi ‘RR’ masih lagi didatangkan dengan enjin 1,301 LC8, V-Twin Euro 5 yang sama terdapat pada Duke R.

Bagaimanapun, laporan terbaru mendedahkan bahawa kesemua 500 unit Super Duke RR ini telah pun habis dijual dalam tempoh 48 minit!

Senario ini sekaligus menandakan populariti KTM terus berkembang meskipun 1290 Super Duke RR ini ditawarkan pada harga EUR25,690 (RM126,400).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]