UMW Toyota dengan rasminya melancarkan Harrier 2021 untuk pasaran tempatan.
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, model generasi ke-4 ini menawarkan pengayaan yang lebih menonjol.
“Harrier serba baru ini tampil dengan elemen lebih beremosi, elegan dan ekspresif dan akan akan terus menarik perhatian sepertimana yang dilakukan generasi sebelumnya,” jelasnya.
Bagi tahun 2021, bahagian depan dan belakang tampak lebih tirus manakala profil sisi tampil lebih tegap lantas mencerminkan imej lebih bergaya.
Bahagian depan juga lebih menonjol dengan kehadiran lampu jenis bi-LED dan Daytime Running Light (DRL) sementara bahagian belakang lengkap dengan muncung ekzos berkembar.
Profil keseluruhan Harrier 2021 ini juga lebih rendah selain dari 20mm lebih lebar dan jarak antara roda 30mm lebih luas berbanding model sebelumnya.
Segala proses rekaan Harrier 2021 ini memberi fokus kepada konsep Dignified Elegance bagi menoktahkan model baharu ini sebagai SUV crossover premium.
Generasi ke-4 Harrier didatangkan dengan enjin Dynamic Force (M20A-FKS) 2-liter empat-silinder DOHC dengan Dual VVT-i (Variable Timing dengan Intelligence) yang dipadankan bersama transmisi Direct Shift Continuously Variable Transmission (CVT) dengan Sequential Shiftmatic yang menawarkan tiga mod pemanduan; ECO,Normal dan Sport.
Seperti model Toyota lain, Harrier baharu ini juga dibangukan dengan platform TNGA-K yang membantu meningkatkan keselesaan, prestasi dan kelincahan yang lebih efisien di atas jalan.
Sistem keselamatan generasi ke-4 ini juga dipertingkat dengan Toyota Safety Sense.
Hadir sebagai model import (CBU) dari Jepun, Harrier Luxury Grade ini didatangkan dengan lima warna pilihan; Steel Blonde Metallic, Slate Grey Metallic, Precious Black, Dark Blue Metallic dan warna khas, White Pearl Crystal Shine.
Toyota Harrier 2021 ini ditawarkan pada harga RM249,706.50. *sebelum cukai jalan dan insuran.