Mitsubishi Motors Malaysia Lancar Triton Athlete – RM141,500!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) dengan rasminya melancarkan trak pikap terbaru, Mitsubishi Triton Athlete 2021.

Triton Athlete menggantikan varian Adventure X sebagai varian tertinggi bagi barisan model Triton yang ditawarkan di Malaysia.

Tampil dengan tiga warna pilihan; Sun Flare Orange Pearl, White Diamond, dan Jet Black Mica, Triton Athlete menawarkan imej yang lebih agresif dengan kemasan hitam di bahagian depan, gril radiator, cermin sisi, pemegang pintu, rim 18″ serta side-steps.

Meneruskan kesinambungan konsep rekaan ‘Dynamic Shield’ di bahagian depan, Triton Athlete ini turut menawarkan enjin turbodiesel 2.4L MIVEC yang menawarkan 181PS dan 430Nm dan dipadankan bersama transmisi 6-kelajuan.

Model ini juga menawarkan ciri keselamatan terbaik menerusi Advanced Driver-Assistance System yang merangkumi:

  • Forward Collision Mitigation (AEB)
  • Blind Spot Warning
  • Lane Change Assist
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Auto High Beam

Mitsubishi Triton Athlete sertai enam varian sedia yang ditawarkan untuk pasaran tempatan ketika ini dan boleh dimiliki pada harga RM141,500 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]