SIC MiniGP Musim 2: 25 Bakat Muda Dipilih Ikuti Program Akar Umbi

Sesi pemilihan bagi Kejohanan SIC MiniGP Musim Ke-2 telah pun berakhir pada hujung minggu lalu yang menyaksikan 25 bakat muda berusia 9 hingga 14 tahun telah dipilih.

Kesemua calon akan mengikuti program akar umbi sukan permotoran dua roda dalam usaha melahirkan bakat muda baharu negara dalam sukan permotoran.

Seramai 63 peserta telah sertai sesi pemilihan kali ini yang terpaksa dianjakkan ke hari kedua ekoran cuaca buruk yang berlangsung pada hari pertama.

Peserta telah melalui pelbagai ujian antaranya pengendalian jentera, ketahanan mental dan fizikal dan telah dinilai dari segi teknik, fokus dan kemahiran.

*Saidatul Zakirah (kiri) antara 63 peserta yang layak ke sesi pemilihan akhir namun tak berjaya melepasi kriteria tapisan.

SIC MiniGP terbukti membantu dalam menggilap bakat muda negara antaranya juara musim pertama, Hakim Danish, yang berjaya merekodkan tempat ketiga dalam perlumbaan 1 dan perlumbaan 2 di Asia Talent Cup 2021 yang berlangsung di Qatar baru-baru ini.

*Hakim Danish (paling kanan) berjaya naik podium dalam Perlumbaan 1 dan 2.

Empat pusingan SIC MiniGP Musim ke-2 akan berlangsung kali ini membabitkan 10 perlumbaan:

  • Pusingan 1 – 19 hingga 20 Jun
  • Pusingan 2 – 17 hingga 18 Julai
  • Pusingan 3 – 14 hingga 15 Ogos
  • Pusingan Akhir – 10 hingga 11 September

Sementara itu, pengurus pasukan ZK Racing dan bekas pelumba Moto2 dan Moto3, Zulfahmi Khairuddin, berkongsi rasa teruja dengan kumpulan peserta kali ini.

*Zulfahmi Khairuddin

“Saya sangat teruja untuk memulakan musim ke-2 ini dan berharap dapat melatih mereka sebaik mungkin untuk melahirkan pelumba-pelumba yang lebih kompetitif melalui program ini. Terima kasih saya ucapkan diatas sokongan yang telah diberikan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Sepang International Circuit (SIC) dan semua penaja-penaja teknikal untuk program ini.

“Sememangnya bukan mudah untuk kami mencari bakat-bakat yang terbaik untuk melengkapkan barisan pelumba pada musim ini. Kebanyakan mereka telah membuat persediaan awal dari segi kajian dan latihan sebelum hadir ke sesi pemilihan dan saya kagum dengan kemahiran yang mereka tunjukkan,” jelasnya.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply