Ops Ekzos Bising Bukan Percubaan Kutip Duit – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang giat menjalankan operasi khas secara besar-besaran bagi memburu motosikal dengan ekzos yang telah diubah suai.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menjelaskan bahawa operasi tersebut dijalankan bagi memastikan motosikal dengan ekzos bising ini tidak lagi mengganggu orang awam.

Beliau turut menegaskan langkah agresif ini diambil setelah menerima pelbagai aduan daripada orang ramai mengenai isu ekzos bising.

“Saya perlu menjelaskan disini bahawa PDRM bukan cuba mengutip duit daripada pemeriksaan ini, tetapi kami melakukannya demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Orang ramai memfailkan aduan bahawa ekzos bising ini mengganggu kawasan kejiranan,” jelasnya.

Abdul Hamid Bador turut mendedahkan rata-rata yang ditahan dengan ekzos bising berusia antara 20 hingga 30 tahun dan mereka ini adalah individu bekerja dan berkemampuan menukar ke ekzos bising yang berharga di antara RM200 hingga RM2,000. – Malay Mail

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply