Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kerta siasatan terhadap pasangan suami isteri setelah mendapati mereka merentas negeri ke Johor baru-baru ini.
PDRM dalam satu kenyataan mendedahkan, terdapat keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan pasangan tersebut pada 20 Mac lalu.
Hasil siasatan mendapati, pasangan tersebut telah memberi keteranga palsu bagi memohon kebenaran rentas negeri.
Difahamkan, mereka telah membuat persiapan awal dengan membuat tempahan hotel pada Disember 2020 bagi menyambut ulangtahun perkahwinan pada 17 Mac 2021.
Pasangan tersebut kini berdepan tindakan kompaun RM10,000 sekiranya didapati bersalah di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Sementara itu, pihak berkuasa menegaskan orang ramai untuk tidak menyalahguna kebenaran rentas negeri bagi tujuan perniagaan, kerta atau kecemasan untuk tujuan peribadi.