Suzuki Belang 150, GSX-R150 Pemasangan Tempatan Akan Dilancarkan Di Malaysia?

Rakan media di Paultan.org melaporkan bahawa Suzuki Malaysia, bakal melancarkan Belang Fi 150 dan GSX-R150 untuk pasaran tempatan.

*Suzuki GSX-R150

Menurut laporan tersebut, dua model ini sedang menanti kelulusan VTA daripada Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) dan dijangka akan dilancarkan sekitar tahun ini.

Lebih menarik, kedua-dua model bersesaran 150cc ini akan dipasarkan sebagai motosikal pemasangan tempatan (CKD) sekaligus memberi bayangan bahawa Belang 150 dan GSX-R150 akan dijual pada harga lebih rendah.

*Suzuki Belang 150

Berdasarkan model Satria F150 yang dipasarkan di Indonesia, motosikal tersebut dikuasakan enjin 147.3cc DOHC dengan penyejukan cecair dan menawarkan 18.23hp pada 10,000rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm, sekaligus menjadikan motosikal ini lebih berkuasa berbanding Yamaha Y16ZR yang baru dilancarkan serta Honda RS150R.

Sementara GSX-R150 menawarkan 19hp pada 10,500rpm dan 14Nm pada 9,000rpm.

Suzuki Malaysia sememangnya tidak berselindung untuk memperkenalkan Belang 150 dan GSX-R150 untuk pasaran tempatan apabila berkongsi ‘teaser’ model itu pada September tahun lalu.

Namun, setakat ini masih tiada kemas kini terbaru daripada laman sosial media syarikat itu mengenai kedua-dua model ini. – Paultan.org

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply