Penganjur EICMA dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pengeluar motosikal Jepun, Honda Motor Company, bakal sertai pameran motosikal terbesar dunia itu tahun ini.
Dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 28 November ini, penyertaan Honda dilihat sebagai reaksi positif selepas acara itu terpaksa dibatalkan tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, selepas mengambil kira pembangunan dan pengambilan vaksin yang giat dijalankan seluruh dunia, EICMA 2021 berada dalam landasan terbaik untuk dilangsungkan tahun ini.
Setakat ini, hanya BMW Motorrad yang telah pun mengumumkan pengunduran diri daripada EICMA 2021 serta semua acara lain.
Namun, dengan EICMA 2021 hanya akan berlangsung lapan bulan dari sekarang, peluang untuk BMW Motorrad membuat pusingan-U masih terbuka bergantung kepada situasi semasa.