Skuter Berbumbung Antara Disaman Dalam Ops Kesalahan Teknikal Motosikal

Seorang pemilik skuter jenis SYM VTS 200 antara yang dikenakan tindakan saman gara-gara membina bumbung sendiri.

Lelaki berusia 52 tahun itu membina sendiri struktur bumbung terbabit berserta pengilap cermin pada skuternya bermodalkan RM300.

Menurutnya, sepanjang tempoh memasang bumbung tersebut sejak tahun lalu dia tidak pernah disaman pihak berkuasa.

Pemilik skuter tersebut antara yang ditahan dalam Operasi Kesalahan Teknikal Motosikal yang dijalankan di Plaza Tol Batu 9 Lebuhraya Cheras-Kajang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata sebanyak 1,050 motosikal telah diperiksa dengan 150 motosikal telah dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen, guna nombor plat ‘fancy’, tayar kecil serta ubah suai ekzos. – HM