Honda Rancang Perkenal Sistem Radar Pada CRF1100L Africa Twin

Honda bakal mengikut langkah pengeluar motosikal lain dengan memperkenalkan sistem radar bagi CRF1000L Africa Twin berdasarkan paten yang difailkan, baru-baru ini.

Berbanding Ducati Multistrada V4, KTM 1290 Super Adventure S dan BMW R 1250 RT yang mengguna pakai teknologi pengesanan (radar) Bosch, sistem radar yang bakal diterapkan pada Africa Twin itu dibangunkan sepenuhnya oleh Honda sendiri.

Sementara itu, sensor tersebut dijangka akan diletakkan di bawah lampu depan dan lampu belakang seperti yang dilakukan Ducati, KTM dan BMW.

Namun, Honda akan mereka semula ‘mudguard’ depan dan belakang bagi memastikan tiada halangan berlaku terhadap sensor tersebut.

Bagaimanapun, apa yang menarik Honda turut merancang agar sensor tersebut dipadankan bersama kamera yang mungkin menyampaikan info sepertimana terdapat pada kereta Honda menerusi teknologi Honda Sensing.

Sistem cruise control dengan bantuan radar semakin menjadi popular dikalangan motosikal segmen-adventure dan touring kerana bukan sahaja menawarkan kemudahan terbaik semasa tunggangan jarak jauh malah lebih selamat berbanding ciri cruise control konvensional.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]