Pusingan Pertama Toyota Gazoo Racing Musim Ke-4 Buka Tirai 27 Mac Ini

Sukan permotoran negara kembali dihangatkan dengan Toyota Gazoo Racing Festival (Musim 4) di Litar Antarabangsa Sepang pada 27 hingga 28 Mac ini.

Bagaimanapun, aksi Vios Challenge akan dijalankan secara tertutup dengan peminat boleh menyaksikan perlumbaan menerusi strim langsung bagi kedua-dua hari.

Pada masa sama, penganjuran akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat serta acara akan berjalan dibawah pelaksanaan gelembung sukan (sports bubble).

Vios Challenge kali ini menyaksikan kelas Rookie dipertandingkan buat julung kalinya yang melibatkan enam graduan dari program Gazoo Racing Young Talent Development.

Keenam-enam bakat muda ini akan beraksi dalam kereta saloon buat kali pertama selepas dinaikkan dari go-kart serta perlumbaan simulasi.

Manakala, tiga kategori lain, Promotional, Sporting dan Super Sporting terus menghangatkan musim ke-4 ini.

Kelas Promotional terus membariskan selebriti tempatan antaranya Shukri Yahaya, Janna Nick, Nabil Ahmad, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Khai Bahar.

Mereka bakal disertai tiga muka baharu, Zizan Razak, Talihta Tan serta Ahirene Ahirudin.

Pusingan pertama Toyota Gazoo Racing akan disiarkan secara strim langsung di www.toyota.com.my dan toyota.com.my/tgrmalaysia/ serta di laman Facebook Toyota Malaysia sera Toyota Gazoo Racing Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]