Larangan Rentas Negeri Kekal Hingga 80 Peratus Rakyat Divaksin

Kerajaan akan mempertimbangkan kebenaran merentas negeri selepas 80 peratus rakyat telah divaksin.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah susulan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Bercakap kepada media tempatan menerusi strim video, Tan Sri Noor Hisham juga menjangkakan negara memerlukan enam hingga sembilan bulan bagi mencapai imuniti kelompok (herd imunity).

“Sepanjang tempoh itu, kita menggunakan dua pendekatan iaitu kesihatan awam menerusi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan strategi vaksinasi,” jelasnya.

Pada masa sama, kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk membenarkan perjalanan rentas negara sebaik imuniti kelompok berjaya dicapai. – BH