RASMI: SUV Baharu Perodua Kini Dibuka Untuk Tempahan – Dari RM62,500!

Perodua kini membuka tempahan bagi tiga varian SUV D55L di Semenanjung Malaysia dengan harga bermula dari RM62,500 hingga RM73,400.

Dicanang sebagai model Perodua paling canggih, D55L merupakan model pertama di bawah rangka tindakan Perodua Smart Build yang memfokuskan gaya, keselamatan, teknologi serta kelengkapan terbaik.

Menurut Perodua, D55L ini juga dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA*) yang mampu beroperasi pada kelajuan tinggi berbanding model lain.

Antara ciri keselamatan ditawarkan merangkumi Lane Departure Warning and Prevention serta Lane Keep Control, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert dan Adaptive Cruise Control yang ditawarkan pada varian AV.

Perodua D55L ini juga merupakan model sulung yang memenuhi standard Pemanduan Autonomi Tahap 2 di samping muncul sebagai kenderaan berkuasa turbo pertama Perodua.

Model ini juga buat julung kalinya tampil dengan transmisi jenis CVT lalu menyumbang kepada kecekapan bahan api paling efisien dalam kelasnya.

Kesemua varian didatangkan dengan lampu LED namun H dan AV mendapat Adaptive Driving Beam serta panel meter TFT 7″ dengan sistem pengecaman suara.

Varian X didatangkan dengan tiga warna pilihan; Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue sementara H menawarkan Glittering Silver, Granite Grey dan Cobalt Blue serta Pearl Diamond White dan Pearl Delima Red.

Manakala varian tertinggi, AV tampil dengan warna Glittering Silver, Granite Grey, Pearl Diamond White, Pearl Delima Red.

Setiap pembelian didatangkan dengan waranti lima tahun atau 150,000 km (mana yang sampai dulu).

*kredit foto: The Ajerul

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply