MotoGP: Morbidelli Kempunan Jentera Factory, Yamaha Beri Penjelasan

Advertisements

Franco Morbidelli merupakan satu-satunya pelumba Yamaha musim 2021 yang tidak akan beraksi dengan jentera factory.

Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) itu sebaliknya akan kekal dengan jentera A-spec YZR-M1 meskipun merekodkan tiga kemenangan dan menamatkan musim 2020 dibelakang juara, Joan Mir.

*Fabio Quartararo beraksi dengan jentera factory Yamaha.

Prinsipal pasukan Yamaha, Lin Jarvis, tampil memberi penjelasan mengenai situasi motosikal Morbidelli.

“Spesifikasi jentera ditentukan oleh pihak Yamaha dan pasukan tetapi keadaan kewangan juga perlu diambil kira. Ini kerana jentera factory adalah jauh lebih mahal berbanding A-spec milik Morbidelli.

“Covid-19 telah memberi tekanan besar terhadap penaja Yamaha. Jadi keadaan ekonomi kami tidak begitu baik.

“Kepuutsan mengenai spesifikasi motosikal Franky (Morbidelli) telah diputuskan pertengahan tahun lalu maka keputusan itu tidak boleh diubah.

“Adakah Franky layak mendapat spesifikasi terbaik? Ya. Adakah kemungkinan untuk dia mendapat jentera spesifikasi factory boleh berlaku? Jawapannya tidak,” jelas Jarvis.

*Lin Jarvis

Bagaimanapun, Jarvis yakin Morbidelli mampu melakar keputusan terbaik musim ini berdasarkan pencapaian 2020.

“Seperti yang anda saksikan musim lalu, spesifikasi A-spec hampir sama dan berjaya merekodkan pencapaian baik. Tambahan pula, pembangunan enjin tahun ini dibekukan,” tambah Jarvis.

Meskipun jentera A-spec Morbidelli adalah model 2019, namun berdasarkan prestasi musim lalu, Yamaha membuat keputusan untuk mengikut acuan jentera itu bagi musim 2021.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.