Suzuki Lancar Model Baharu Secara Atas Talian 5 Februari Ini

Advertisements

Bukan Suzuki Malaysia. Harap maklum.

Sebaliknya, Suzuki Motor Corporation merancang untuk memperkenalkan beberapa barisan model 2021 secara atas talian pada 5 Februari ini.

Acara tersebut yang dicanang sebagai ‘platform komunikasi generasi baharu’ itu membolehkan peminat dan bakal pelanggan motosikal Suzuki untuk menyertai pelancaran tersebut.

Platform tersebut membenarkan orang ramai untuk mengakses setiap model dengan lebih teliti seperti berada di pelancaran fizikal dan berinteraksi dengan pengunjung lain.

Meskipun tidak memberi bayangan model apa yang akan diperkenalkan namun mengambil kira EICMA 2019 sebagai kali terakhir Suzuki melancarkan model baharu menerusi V-Strom 1050, pelancaran atas talian ini dilihat sebagai medan terbaik untuk Suzuki membuat kejutan.

Suzuki Hayabusa 2021 mungkin?

Tidak lupa juga, Suzuki bakal memperkenalkan model dengan enjin parallel-twin baharu menggantikan SV650 dan V-Strom 650.

Segalanya akan terjawab 5 Februari ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.