Baru-baru ini, Honda telah pun menaik taraf skuter PCX kepada 160cc bagi mencapai standard emisi sesetengah negara lantas beri bayangan pengeluar Jepun itu akan turut melaksanakan kemas kini baharu terhadap ADV 150.
Berdasarkan khabar angin terbaru, Honda dicanang akan membesarkan sesaran enjin ADV 150 kepada 160.
Bagaimanapun, mengambil kira pelbagai faktor pelaksanaan itu mungkin tidak akan dilakukan dalam masa terdekat tatkala masih terdapat pasaran yang belum merasai ADV 150 antaranya Malaysia berbanding Indonesia dan Filipina yang telah pun ditawarkan skuter ADV itu hampir setahun.
Oleh sebab itu, Honda dijangka perkenalkan ADV 160 pada 2022 dan mendapat enjin sama yang ditawarkan pada PCX 160, 157cc eSP+ yang menjana 15.8hp di samping sistem Honda Selectable Torque Control (HSTC).
Sementara itu, Honda ADV 150 dijangka akan mendarat di Malaysia sekitar hujung suku pertama tahun ini.