Ducati SuperSport 950 Dalam Peringkat Pengeluaran

Ducati dengan rasminya mengumumkan SuperSport 950 berada dalam peringkat pengeluaran di Borgo Panigale dan akan didapati di setiap pengedar dalam tempoh beberapa bulan.

Dipekenalkan menerusi Ducati World Premier 2021, Ducati SuperSport 950 merupakan model yang menggabungkan elemen jentera sportsbike namun sesuai untuk tunggangan harian sekaligus sesuai untuk semua jenis penunggang.

Model baharu ini telah didatangkan dengan pelbagai sistem elektronik dan kelengkapan terkini termasuk enjin – berstatus Euro 5 – baharu, Testastretta dengan silinder berkembar yang menawarkan 110 hp pada 9,000rpm dan 93Nm pada 6,500rpm.

Lebih menarik, terdapat beberapa ciri yang telah ‘dipinjamkan’ daripada Panigale V4 antaranya rekaan lampu depan LED dengan DRL (daytime running light) termasuk reka bentuk fairing.

DU 2020-09-21 SUPERSPORT S ROSSA

Meskipun menawarkan ergonomik tempat duduk lebih selesa (dengan padding baharu dan lebih rata), jentera ini tampil sporty dengan swingarm jenis ‘single-sided’, serta kerangka trellis yang menyumbang kepada berat hanya 184 kilogram.

Antara pakej elektronik ditawarkan adalah:

  • Cornering ABS
  • Traction control
  • Wheelie control
  • Transmisi elektronik
  • Tiga mod tunggangan (Sport/Touring/Urban)
  • Paparan TFT 4.3 inci
DU 2020-09-21 SUPERSPORT S ROSSA

Pengalaman menunggang juga dipertingkat dengan ciri Quickshifter (up/down) yang didatangkan secara standard di samping kawalan klac yang kini hidraulik.

Ducati SuperSport 950 ditawarkan dengan pilihan warna ‘Ducati Red’ manakala SuperrSport 950 S didatangkan dengan warna ‘Ducati Red’ dan ‘Arctic White Silk’.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]