Jana Pendapatan Ekstra, SIC Cadang Buka Litar Kepada Acara Berbasikal

Advertisements

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang mempertimbangkan untuk membuka litar kepada acara lain antaranya berbasikal bagi mempelbagaikan pendapatan.

Perkara itu disahkan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif susulan sukan permotoran tempatan terkesan teruk dengan pandemik Covid-19 lantas membenarkan acara berbasikal serta larian adalah inisiatif terbaik untuk dipertimbangkan.

“Kira-kira 80 hingga 90 peratus perniagaan kami diperoleh melalui sewaan trek dan bahagian lain ialah acara antarabangsa. Apabila saya memasuki (bidang ini), saya lihat banyak perniagaan yang kita tidak manfaatkan lagi, sebagai contoh sekarang berbasikal amat diminati, mengapa kita tidak gunakan litar ini untuk kegunaan semua.

“”Lebih banyak acara di SIC dengan prosedur operasi standard (SOP) jadi sesiapa sahaja boleh berbasikal dengan selamat di sini.

“Saya ingin membuka SIC untuk lebih ramai orang, bukan sahaja datang untuk menonton perlumbaan, tetapi juga untuk acara lain,” jelasnya.

Menurut Azhan, SIC dijangka akan berdepan kesukaran dalam pemerolehan penajaan bagi tahun 2021 lantas membuka litar kepada acara lain antara langkah dipertimbangkan. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.