Husqvarna Lancar Svartpilen Dan Vitpilen Di Malaysia – Dari RM24,800!

Advertisements

Setelah kami melaporkan Husqvarna bakal kembali ke pasaran Malaysia tahun lalu, pengedar jenama itu, Eurotech Wheels, dengan rasminya melancarkan Svartpilen serta Vitpilen untuk pasaran tempatan.

Tiga model dibawa masuk untuk pasaran Malaysia membabitkan Svartpilen 250 serta 401 dan Vitpilen 401.

Husqvarna Svartpilen 250

Dikuasakan dengan enjin 248.8cc satu silinder DOHC yang menjana 31hp pada 9,000rpm dan 24Nm pada 7,250rpm, sama yang ditawarkan KTM 250 Duke.

Model ini juga didatangkan dengan chasis serba ringan jenis ‘chromium-molybdenum-steel trellis’ di samping penggunaan fork depan WP Apex 43mm dan penyerap hentakan belakang WP Apex boleh laras (rebound).

Sistem brek dikendalikan kaliper brek radial ByBre empat piston depan dan kaliper ByBre satu piston belakang yang dipadankan dengan cakera brek 300mm (depan) dan 230mm (belakang) manakala ABS oleh Bosch 9.1MB.

Ciri menarik lain:

  • tayar MRF 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang).
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • tangki 9.5L
  • berat kering 154kg
  • lampu LED penuh

Husqvarna Svartpilen 401

Versi lebih besar ini tampil dengan enjin 373cc satu silinder yang menjana 44hp pada 9,000rpm dan 37Nm pada 7,000rpm dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.

Tempat duduk pilion memfokuskan keselesaan dengan subframe lebih panjang manakala chasis mengguna pakai kerangka sama yang ditawarkan pada varian 250 termasuk fork WP Apex 43mm dan monoshock WP Apex.

Ciri menarik lain:

  • tayar Michelin Pilot Street 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang).
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • tangki 9.5L
  • berat kering 151kg
  • ABS (Bosch 9.1MB)
  • brek kaliper 4-piston ByBre (depan)
  • brek kaliper satu piston ByBre (belakang)
  • lampu LED penuh

Husqvarna Vitpilen 401

Husqvarna Malaysia hanya membawa masuk satu varian bagi Vitpilen dengan menawarkan model 401 untuk pasaran tempatan.

Berbanding Svartpilen, Vitpilen menawarkan ciri sebuah motosikal cafe-racer terutamanya dengan pengunaan ‘handle-bar’ jenis clip-on sekaligus memperlihatkan ergonomik tempat duduk yang berbeza.

Bagaimanapun, masih lagi bernadikan enjin sama seperti Svartpilen 401 dengan 373cc satu silinder DOCH yang menjana 44hp dan 37Nm.

Antara ciri menarik lain:

  • tayar Michelin Pilot Street 110/70-17 (depan), 150/60-17 (belakang).
  • ketinggian tempat duduk 835mm
  • tangki 9.5L
  • berat kering 151kg
  • ABS (Bosch 9.1MB)
  • brek kaliper 4-piston ByBre (depan)
  • brek kaliper satu piston ByBre (belakang)
  • lampu LED penuh

Orng ramai yang berminat boleh mendapatkan Svartpilen 250, 401 dan Vitpilen 401 pada harga berikut:

  • Husqvarna Svartpilen 250 – RM24,800
  • Husqvarna Svartpilen 401 – RM29,800
  • Husqvarna Vitpilen 401 – RM29,800

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.