Moto3: Adam Norrodin, Syarifuddin Azman Calon PETRONAS Sprinta Racing 2022

Dua pelumba tempatan, Adam Norrodin dan Syarifuddin Azman antara calon yang bakal beraksi di Kejuaraan Dunia Moto3 bagi musim 2022.

Pendedahan itu dibuat prinsipal pasukan PETRONAS Sepang Racing Team (SRT) dan PETRONAS Sprinta Racing, Datuk Razlan Razali.

Menurut Razlan, kedua-dua pelumba itu berpeluang mengisi satu slot di Moto3 pada 2022 sekiranya merekodkan keputusan cemerlang di Kejuaraan FIM CEV Eropah 2021.

Datuk Razlan Razali

“Insya’allah mereka yang akan diserapkan ke pasukan kita jika berjaya lakukan yang terbaik tahun depan,” jelas Razlan.

Ketika ini, Adam mewakili LIQUI MOLY Intact SIC Junior Team di Moto2 sementara Syarifuddin @ Damok di Moto3 bersama pasukan Monlau Motorspots.

Adam, 22 tahun, berjaya menduduki tempat ketujuh keseluruhan bagi FIM CEV Eropah Moto2 musim 2020 selepa mengutip 79 mata dan menamatkan pusingan terakhir di Litar Ricardo Tormo di tempat ke-8 meskipun pada satu ketika berada di tempat ke-5. – BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.