Yamaha Lancar YZF-R25 2021 Di Jepun, Tiada Lagi Varian Tanpa ABS

Advertisements

Motosikal sportsbike popular Yamaha, YZF-R25 mendapat pilihan warna baharu bagi tahun 2021.

Tiga warna ditawarkan; Cyan dan Matte Dark Gray Metallic manakala warna Yamaha Blue dikekalkan daripada model sebelumnya.

Selain daripada kemas kini warna, Yamaha turut menghentikan pengeluaran model tanpa sistem Anti-lock Braking System (ABS) sekaligus menyaksikan model akan datang akan dilengkapi sistem ABS sahaja.

Sementara itu, model 2021 ini masih lagi mengekalkan spesifikasi sama yang terdapat pada model 2019.

Antaranya, YZF-R25 ini masih lagi didatangkan dengan enjin silinder berkembar 249cc yang menjana 35hp pada 12,000rpm dan 23Nm pada 10,000rpm.

Yamaha YZF-R25 2021 ditawarkan pada harga JPY654,500 (RM25,600).