Hyundai Elantra Generasi Ke-7 Dilancarkan Di Malaysia – RM158,888!

Bagi tahun 2020, Elantra tampil dengan elemen rekaan terkini yang digelar sebagai ‘Futuristic Parametric Dynamics’.

Selain daripada aspek rekaan, Hyundai turut memfokuskan pembaharuan enjin yang kini tampi dengan enjin Smartstream G1.6 MPi yang menawarkan 123hp pada 6,300rpm dan 154Nm 4,500rpm.

Menariknya, Elantra baharu ini juga muncul sebagai model Hyundai sulung yang dilengkapi transmisi IVT (Intelligent Variable Transmission) yang dijamin bakal menawarkan prestasi dan penjimatan minyak efisien di samping menyingkirkan isu ‘rubber band effect’.

Elantra serba baharu ini akan mewarnai pasaran segmen-C di Malaysia selepas pengeluar kereta Korea Selatan itu memperkenalkan Sonata, tahun ini.

Ruang dalam juga dipertingkat dengan penggunaan skrin TFT Supervison 10.25inci dan paparan 8 inci jenis terapung (floating display) manakala ruang letak barang menawarkan kapasiti lebih 470L sekaligus memudahkan pemindahan barangan besar.

Menurut Hyundai, Elantra baharu ini juga menawarkan pengalaman ruang dalam paling progresif dalam kelasnya.

Antara ciri keselamatan ditawarkan:

  • Blind-Spot Collision Avoidance Assist (BCA)
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Smart Cruise Control (SCC)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Forward Collision Avoidance Assist
  • Rear Occupant Alert
  • Safe Exit Warning
  • Driver Attention Warning
  • Leading Vehicle Departure Alert

Setiap pembelian Elantra akan didatangkan dengan waranti lima tahun atau 300,000km perbatuan (mana yang sampai dulu).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply