Yamaha NMAX 2020 Kini Di Malaysia – RM8,998!

Generasi baharu Yamaha NMAX akhirnya mendarat di pasaran Malaysia menerusi pelancaran secara strim langsung oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), hari ini.

Model baharu ini kini menawarkan lampu depan LED penuh yang menawarkan pencahayaan lebih luas ideal untuk tunggangan di waktu malam manakala lampu belakang juga telah direka semula dengan empat strip LED.

Menariknya, model ini juga tampil dengan ciri lampu kecemasan (hazard lights) sekaligus meningkatkan tahap keselamatan penunggang.

Paparan meter juga dipertingkat dengan skrin jenis LCD yang boleh diakses dengan butang yang terletak di sebelah kiri ‘handle.

Model baharu ini juga tampil dengan enjin Blue Core SOHC 155cc dengan penyejukan cecair yang telah diperkemas dengan Starter Generator Control Unit yang menjaminkan bunyi yang lebih senyap sewaktu enjin dihidupkan.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • soket 12V
  • Sistem Stop & Start
  • tempat letak kaki lebih lebar
  • ruang letak barang 23.3L

Orang ramai yang berminat boleh kunjungi pengedar Yamaha dan dapatkan NMAX 2020 ini dengan tawaran harga RM8,998 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply