Rupa Jelas Honda CB1100X Didedahkan, Pencabar Yamaha Tracer 9?

Young Machine pernah melaporkan bahawa Honda bakal merealisasikan jentera konsep CB4X yang ditayangkan di EICMA tahun lalu.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, Honda dicanang bakal membawa unit enjin parallel-twin dari CRF1100L Africa Twin berbanding 4-inline.

Kini, tular imej yang memaparkan rupa jelas CB1100X yang bakal diperkenalkan Honda.

Imej tersebut sekali lagi didedahkan Young Machine, media sama yang membuat pendedahan mengenai Rebel 1100 beberapa bulan sebelum model itu dilancarkan, hari ini.

Meskipun tiada pengesahan dari pihak Honda mengenai jentera ini namun mengambil kira gambar ini didedahkan Young Machine sendiri, kebarangkalian untuk menyaksikan jentera ini diperkenalkan kelak amat tinggi.

Enjin 1,084cc parallel-twin ini menjana 107hp pada Africa Twin dan 87hp pada Rebel 1100 namun dijangka CB1100X bakal menawarkan kuasa di antara kedua-dua model tersebut.

Kami berasakan ini adalah model berkonsepkan ‘sport-touring’ yang bakal memberi saingan terhadap Tracer 9 dan BMW F 900 XR.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]