KRT Dedah Rupa Jelas Kawasaki ZX-10RR 2021

Kawasaki Racing Team (KRT) kongsi imej jelas jentera baharu, Kawasaki ZX-10RR 2021 yang bakal beraksi di pentas Kejuaraan Superbike Dunia musim depan.

Motosikal tersebut mengesahkan imej yang tular beberapa minggu lalu memaparkan model baharu ZX-10R dan ZX-10RR 2021.

Tampil dengan grafik dan warna KRT, jelas Kawasaki melaksanakan perubahan besar terhadap sportbike premium itu.

*Jonathan Rea bersama ZX-10RR 2021

Antara aspek paling menonjol adalah rekaan bahagian depan yang seakan diinspirasikan daripada model H2.

Pelumba KRT,  Jonathan Rea dijangka akan meneruskan dominasi KRT di pentas WBSK musim depan dengan jentera baharu ini selepas memenangi kejuaraan dunia buat kali keenam bagi musim 2020.

Berdasarkan laporan sebelum ini, ZX-10R akan didatangkan dengan njin 998cc yang menawarkan 200hp pada 13,200rpm manakala ZX-10RR menghasilkan 201hp pada 14,000rpm.

Kawasaki bakal melancarkan ZX-10R dan ZX-10RR secara rasmi 23 November ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]