MotoGP: Rossi Kembali Beraksi Di Valencia, Vinales Terpaksa Bermula Di Lorong Pit

Valentino Rossi akan kembali beraksi di GP Kelayakan bermula dengan sesi kelayakan yang berlangsung, hari ini.

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP itu terlepas dua pusingan di Aragon selepas didapati positif Covid-19 dan kemudian terlepas sesi ujian bebas pada Jumaat apabila keputusannya masih lagi positif awal minggu ini.

Bagaimanapun, keputusan negatif yang dirakam sewaktu ujian PCR pada Khamis dan Jumaat menyaksikan Rossi dibenarkan untuk kembali disatukan bersama Yamaha dan beraksi di Gran Premio de Europa.

Ini bermakna, pelumba gantian Garrett Gerloff yang sempat beraksi pada Jumaat dengan merekodkan P16 di FP1 dan P19 ketika FP2 sewaktu ujian bebas akan kembali menyerahkan jentera YZR-M1 kepada Rossi.

Dalam perkembangan sama, Maverick Vinales terpaksa bermula di ‘pit lane’ susulan terpaksa mengguna pakai enjin keenam bagi aksi di Valencia sekaligus melanggar kuota lima enjin yang dibenarkan musim ini.

*Vinales telah pun menggunakan kesemua lima enjin yang diperuntukkan musim ini.

Rakan sepasukan Rossi itu juga perlu bermula lima saat selepas perlumbaan bermula.

Senario ini sekaligus menyekat hasrat Vinales untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Joan Mir yang ketika ini hanya dipisahkan dengan 19 mata di tempat ketiga kejuaran dunia MotoGP.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]