Kononnya Motosikal Rosak Sebelum Samun Jadi Taktik Baharu Pencuri – PDRM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya untuk berhati-hati untuk tidak menjadi mangsa kecurian.

Ini kerana PDRM telah mengesan taktik terkini penjenayah yang berpura-pura mengalami kerosakan motosikal sebelum bertindak menyamun mangsa yang memberhentikan kenderaan untuk membantu.

Peringatan tersebut dimuat naik ke laman Facebook Polis Diraja Malaysia yang mendedahkan modus operandi terbaru yang diguna pakai perompak.

CRIME ALERT: AWAS! PURA-PURA MOTOSIKAL ROSAK SEBELUM SAMUN Jika anda memandu kenderaan secara berseorangan atau bersama…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Friday, 6 November 2020

Menurut perkongsian itu, PDRM mendedahkan bahawa penjenayah akan berpura-pura memerlukan bantuan kerana motosikal rosak atau kehabisan minyak di bahu jalan.

Sekiranya ada yang memberhentikan kenderaan dan cuba membantu, penjenayah ini akan terus mengacukan senjata seperti parang bagi merompak barang berharga milik mangsa sebelum melarikan diri.

PDRM juga meminta orang ramai untuk berwaspada sebelum menghulurkan bantuan terutamanya di kawasan sunyi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]